Militan Is Bijak Guna Teknologi Terkini Rekrut Ahli Baru
Siasatan dan kajian polis mendapati media sosial masih menjadi medium utama kumpulan militan IS untuk merekrut anggota baharu kumpulan itu dan memperluaskan ideologi mereka.
Ketua Penotong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Dato' Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, kumpulan militan IS bijak menggunakan teknologi terkini terutama laman sosial facebook biarpun cubaan menyekat kegiatan mereka giat dijalankan oleh pihak berkuasa.
Beliau berkata, sasaran mereka adalah orang muda yang mudah terpengaruh dan golongan yang paling ramai menggunakan wadah media sosial kini.
Sumber: Sinar Harian