Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Miliki Rokok Seludup Lelaki Tempatan Ditahan

Published: 20 Aug 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang lelaki warga tempatan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang kerana terlibat dalam menyeludup dan menjual rokok tidak sah dalam Op Landai, dekat sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/miliki-rokok-seludup-lelaki-tempatan-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:39 MYT

Kota Tinggi, 20 Ogos - Seorang lelaki warga tempatan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang kerana terlibat dalam menyeludup dan menjual rokok tidak sah dalam Op Landai, dekat sini, semalam. 

Menurut Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang, pasukannya menahan sebuah kenderaan yang mencurigakan di Jalan Besar Felda Sening. 

“ Hasil pemeriksaan, terdapat sejumlah 875 paket rokok putih dan kretek pelbagai jenama disimpan dalam bonet belakang kenderaan yang dipercayai untuk pasaran tempatan. 

“Kesemua rampasan termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM23,000,"katanya lagi.

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta kastam 1967.

PPM Wilayah 2 akan sentiasa mempertingkatkan operasi dalam usaha membenteras aktiviti penyeludupan dan penjulan rokok tidak sah.
Miliki Rokok Seludup Lelaki Tempatan Ditahan

ArticlePublished 20 Aug 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM