
Artikel
Mesyuarat Perhubungan Dua Hala Jsj Malaysia Singapura Tahun 2023 Buka Tirai
George Town, 6 Mac 2023 - Mesyuarat Perhubungan Dua Hala (Crime Investigation Department - CID Liaison Officer) Malaysia - Singapura Tahun 2023 membuka tirainy...
George Town, 6 Mac 2023 - Mesyuarat Perhubungan Dua Hala (Crime Investigation Department - CID Liaison Officer) Malaysia - Singapura Tahun 2023 membuka tirainya hari ini dengan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bertemu rakan sejawatannya dari Negara Singapura (Singapore Police Force - SPF), Commisioner of Police Hoong Wee Teck di Pulau Mutiara.
Para delegasi PDRM dan SPF turut mengadakan Mesyuarat "Pre-Council" yang berlangsung di Hotel Bayview, di sini.
Turut hadir, Pengarah JSJ, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan bersama rakan sejawatannya dari SPF, Deputy Commisioner of Police How Kwang Hwee, Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan.