Mesyuarat Mbj Platform Terbaik Warga Pdrm Suarakan Isu Kebajikan
Kuala Lumpur, 24 Oktober 2019 – Ke arah usaha pasukan memperkasakan lagi perjuangan dalam isu kebajikan, Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 2/2019 merupakan wadah terbaik bagi ahli-ahli persatuan polis.
Mempengerusikan mesyuarat tersebut, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, segala tuntutan yang dibuat oleh setiap persatuan akan ditimbangtara sebelum diangkat untuk perhatian kerajaan sekiranya melibatkan dasar dan keputusan di peringkat tertinggi.
Tambahnya, wakil setiap persatuan polis perlu memberi penekanan dan membuat pemantauan secara berterusan terhadap tiga fokus utama iaitu integriti dan akauntabiliti, mempertingkatkan tahap sistem penyampaian perkhidmatan serta mendukung pelaksanaan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) agar ia dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato' Sri Rosli Ab Rahman, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Zamri Yahya dan Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar.
Antara wakil persatuan yang hadir ialah Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita, Persatuan Pegawai Diwartakan, Persatuan Inspektor dan Persatuan Pegawai Rendah Polis dan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Malaysia.
Ucapan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Sekitar Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 2/2019 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KPN, Aras 31, Menara 1, Bukit Aman.
Antara pucuk pimpinan yang hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dan Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar.
Antara pucuk pimpinan yang hadir, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato' Sri Rosli Ab Rahman dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Azizan Abu Taat.