MESYUARAT BULANAN TPM BERSAMA PDRM
Kuala Lumpur, 21 Disember 2017 – Mesyuarat Bulanan Timbalan Perdana Menteri bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat KPN, aras 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi. Mesyuarat bilangan 6/2017 yang dikelolakan oleh Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PDRM itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga merangkap Menteri Dalam Negeri.
Ketibaan beliau di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman disambut mesra oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun bersama timbalannya, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Sri Alwi Hj Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam (KDNKA), Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, barisan pucuk pimpinan tertinggi KDN serta PDRM.
Gambar sekitar mesyuarat