Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mesyuarat Agung Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia Ppkkm Ke 25

Published: 19 Dec 2017 3.14 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Putrajaya, 19 Disember 2017- Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim telah merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) ke-25 bertempat di Hotel Marriott Putrajaya, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-agung-persatuan-perkhidmatan-kawalan-keselamatan-malaysia-ppkkm-ke-25
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:03 MYT

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN MALAYSIA (PPKKM) KE - 25

Putrajaya, 19 Disember 2017- Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim telah merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) ke-25 bertempat di Hotel Marriott Putrajaya, pagi tadi.

Tan Sri Noor Rashid berkata, statistik merekodkan seramai 73,579 pengawal keselamatan telah menjalani latihan di Pusat-Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di seluruh negara, menerusi program Certified Security Guard (CSG) yang juga merupakan antara inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

 "Dengan modul latihan yang lengkap serta pengendalian latihan oleh jurulatih yang berpengalaman, ianya mampu untuk membentuk disiplin dan keyakinan diri seorang pengawal keselamatan untuk bertugas di lapangan kelak", ujar beliau.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Muhamad Sade Mohamad Amin, Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) Dato’ Sri Mustapa Hj Ali, Pegawai-Pegawai Kanan Polis Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi-agensi kerajaan serta swasta.

Gambar sekitar majlis1

2345
ArticlePublished 19 Dec 2017 3.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM