Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Merusuh Bakar Mercun Roket Ke Atas Penyokong Perak 14 Penyokong Jdt Ditahan

Published: 21 Aug 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan 14 penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JD) susulan rusuhan yang berlaku di luar Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini selepas tamat perlawanan Liga Super menentang Perak malam kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/merusuh-bakar-mercun-roket-ke-atas-penyokong-perak-14-penyokong-jdt-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:32 MYT
Polis menahan 14 penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JD) susulan rusuhan yang berlaku di luar Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini selepas tamat perlawanan Liga Super menentang Perak malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, dua anggota polis turut cedera pada kepala sehingga masing-masing menerima tiga jahitan manakala seorang lagi cedera di tangan kanan selepas dibaling dengan pelbagai objek termasuk batu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kesemua penyokong berumur antara 18 dan 41 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 147/148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 186 Kanun yang sama kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

SUMBER : KOSMO
Merusuh Bakar Mercun Roket Ke Atas Penyokong Perak 14 Penyokong Jdt Ditahan
ArticlePublished 21 Aug 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM