Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Meriah Rakyat Melaka Dan Masyarakat Sekitar Gegar Program Pdrm Bersama Kerajaan Negeri Di Dataran Pahlawan

Diterbitkan: 14 Dec 2024 7.30 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Melaka, 14 Disember 2024 - Sambutan Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Kerajaan Negeri Melaka yang berlangsung malam tadi begitu meriah dengan kehadiran diluar jangka pengunjung di Dataran Pahlawan dekat Persiaran Jalan Merdeka, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/meriah-rakyat-melaka-dan-masyarakat-sekitar-gegar-program-pdrm-bersama-kerajaan-negeri-di-dataran-pahlawan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:16 MYT
Melaka, 14 Disember 2024 - Sambutan Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Kerajaan Negeri Melaka yang berlangsung malam tadi begitu meriah dengan kehadiran diluar jangka pengunjung di Dataran Pahlawan dekat Persiaran Jalan Merdeka, di sini.

Hampir 10,000 ribu rakyat Negeri Melaka membanjiri acara kemuncak yang berlangsung dalam suasana penuh meriah, termasuklah orang awam yang berkunjung ke negeri bersejarah itu sempena cuti hujung minggu.

Program turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama isteri merangkap Pengerusi Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI), Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz dan Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman.

Program julung kali diadakan dengan pihak Kerajaan negeri pada tahun ini berjaya memukau hadirin yang membanjiri tapak program, dengan pengisian persembahan dan acara kepolisan yang amat jarang dipertontonkan kepada umum.

Sebanyak sembilan acara induk yang dapat ‘menambat hati’ para pengunjung dipersembahkan, antaranya acara payung terjun oleh Pasukan elit 69 Komando, kawad patung dan kawad senyap oleh pegawai dan anggota Pusat Latihan Polis Air Hitam, aksi mendebarkan menunggang motosikal berkuasa tinggi trafik, aksi lincah anjing pengesan Unit K9 Jabatan Siasatan Jenayah dan banyak lagi sebelum diakhiri dengan pertunjukkan bunga api yang begitu mengasyikkan.

Di program PDRM dengan Kerajaan Negeri Melaka tadi turut disediakan kaunter pengurangan bayaran kadar kompaun saman trafik sehingga 50 peratus bagi kesalahan-kesalahan jalan raya terpilih.

Tinjauan di kaunter tersebut mendapati orang ramai berpusu-pusu untuk tidak ketinggalan membuat semakan untuk mejelaskan bayaran kompaun saman trafik mereka seawal jam 8.30 pagi lagi.

Hadir sama dalam program tersebut, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Dato' Azhar Hj. Arshad, barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka, Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan PDRM dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Sukri Kaman selaku pengerusi bersama jawatankuasa penganjur.

Turut hadir, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah dan Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Md Nazri Zawawi bersama isteri selaku Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka, Datin Shahida Salleh.

Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Sabri

MERIAH! RAKYAT MELAKA DAN MASYARAKAT SEKITAR ‘GEGAR’ PROGRAM PDRM BERSAMA KERAJAAN NEGERI DI DATARAN PAHLAWAN

May be an image of 7 people and text

May be an image of 15 people, dais and text

May be an image of 10 people, crowd and text

May be an image of 4 people, golf buggy, segway and text

May be an image of 8 people and text

ArtikelDiterbitkan 14 Dec 2024 7.30 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM