Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas Lebih 15 000 Anak Pokok Rm4 5 Juta

Diterbitkan: 15 Dec 2024 1.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kota Bharu, 15 Disember 2024 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan pelbagai jenis tumbuhan hiasan, termasuk orkid dan pokok bidara yang dianggarkan bernilai RM4.5 juta di Kampung Limau Purut, Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang, Rabu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-rampas-lebih-15-000-anak-pokok-rm4-5-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:06 MYT
 
Kota Bharu, 15 Disember 2024 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan pelbagai jenis tumbuhan hiasan, termasuk orkid dan pokok bidara yang dianggarkan bernilai RM4.5 juta di Kampung Limau Purut, Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang, Rabu lalu.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Dato' Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pihaknya menahan sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan pada kira-kira jam 7 malam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemukan lebih 15,000 pelbagai jenis anak pokok yang dipercayai diseludup dari Thailand di dalam kenderaan itu tanpa dokumen yang sah.

“Suspek seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup tumbuhan tersebut ke pasaran tempatan dan kes ini disiasat mengikut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'Lebih 15,000 anak pokok RM4.5 juta kena rampas Kota Bharu: Pasukan Gerakan nahan sebuah kenderaan yang pata
ArtikelDiterbitkan 15 Dec 2024 1.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM