Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mercun Dan Bunga Api Bernilai Rm10 000 Dirampas

Diterbitkan: 18 Jun 2014 8.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Muar, 26 Jan - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 merampas 40 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api yang diseludup masuk dalam operasi di Parit Jawa pagi tadi...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mercun-dan-bunga-api-bernilai-rm10-000-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:44 MYT

Muar, 26 Jan - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 merampas 40 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api yang diseludup masuk dalam operasi di Parit Jawa pagi tadi.

Pegawai Operasi PPM Muar, ASP Nordin bin Osman berkata hasil risikan dan maklumat awam, pasukannya telah menyerbu sebuah pondok tidak berpenghuni di ladang kelapa sawit Parit Nipah, Parit Jawa kira-kira jam 10 pagi tadi.

"Setelah digeledah, kami menjumpai 40 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenama dan nilai kesemua rampasan dianggarkan RM10,000" katanya lagi.

Kesemua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar dan kes disiasat dibawah Seksyen 3 Akta Bahan Letupan 1958.

Mercun Dan Bunga Api Bernilai Rm10 000 Dirampas
Sumber : Pasukan Polis Marin Muar

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 8.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM