Mercun Dan Bunga Api Bernilai Rm10 000 Dirampas
Muar,
26 Jan - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 merampas 40 kotak pelbagai
jenis mercun dan bunga api yang diseludup masuk dalam operasi di Parit
Jawa pagi tadi.
Pegawai
Operasi PPM Muar, ASP Nordin bin Osman berkata hasil risikan dan
maklumat awam, pasukannya telah menyerbu sebuah pondok tidak berpenghuni
di ladang kelapa sawit Parit Nipah, Parit Jawa kira-kira jam 10 pagi
tadi.
"Setelah
digeledah, kami menjumpai 40 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenama
dan nilai kesemua rampasan dianggarkan RM10,000" katanya lagi.
Kesemua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar dan kes disiasat dibawah Seksyen 3 Akta Bahan Letupan 1958.

Sumber : Pasukan Polis Marin Muar