Menongkah Arus Cuba Elak Sekta Jalan Raya
Kononnya panik setelah melihat sekatan jalan oleh pihak polis, seorang remaja yang menunggang motorsikal tanpa lesen cuba membuat pusingan U untuk lari dari diperiksa pihak polis.
Nasib tidak menyebelahinya apabila dia bertembung dengan sebuah kereta jenis wira lalu terbabas sebelum ditangkap pihak polis.
Remaja itu antara ditahan dalam Op Bersepadu Cegah Jenayah dan Samseng Jalanan berhampiran Dataran Shah Alam tengah malam semalam.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Shah Alam, DSP Goh Lee Shen berkata, sebanyak 113 saman telah dikeluarkan terhadap penunggang motorsikal dan kereta atas pelbagai kesalahan jalan raya.
Sumber: Harian Metro