Artikel
Menjaga Kesejahteraan Dan Keharmonian Tanggungjawab Bersama
Kuala Lumpur, 21 Mac - 'Menjaga Kesejahteraan Dan Keharmonian Tanggungjawab Bersama' menjadi tajuk khutbah jumaat sempena Hari Polis Ke- 207 yang bersiaran lan...
Kuala Lumpur, 21 Mac - "Menjaga Kesejahteraan Dan Keharmonian Tanggungjawab Bersama" menjadi tajuk khutbah jumaat sempena Hari Polis Ke- 207 yang bersiaran langsung di masjid Bukit Aman hari ini.
Khutbah jumaat yang disampaikan oleh YDH CP Dato' Wira Ayub Bin Yaakob, Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah menyentuh tentang pentingnya bersatu dalam menjaga kedaulatan negara dengan mengambil contoh tragedi Lahad Datu yang berlaku tidak lama dahulu selain menyeru masyarakat supaya mematuhi perlembagaan serta sifat saling hormat menghormati terutamanya di dalam negara yang berbilang kaum di negara ini.
Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara.
Solat sunat.
YDH CP Dato' Wira Ayub Bin Yaakob, Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah menyampaikan khutbah jumaat.
YDH CP Dato' Wira Ayub Bin Yaakob, Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah di wawancara secara langsung oleh RTM.
Selesai Solat Jumaat.