Article
Mengukuhkan Barisan Hadapan Perkhidmatan Pdrm
Majlis yang berlangsung di Hotel Dorsett, Subang pagi tadi menyaksikan kehadiran 160 Ketua Polis Balai dari seluruh semenanjung Malaysia sebagai kumpulan perta...
Subang
Jaya, 30 April – "Ketua Polis Balai (KPB) adalah satu jawatan penting
dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana ia merupakan ‘front liner’
dalam perkhidmatan PDRM kepada masyarakat. KPB yang berkaliber,
berdedikasi dan berintegriti mampu melahirkan persekitaran balai polis
yang baik dan disegani oleh masyarakat di bawah pentadbirannya."
Demikian antara ucaptama perasmian Ketua Polis Negara yang dibacakan
oleh YDH CP Datuk Seri Mohd Fuzi Bin Harun, Pengarah Pengurusan dalam
Majlis Perasmian Kursus Personal Transformation Programme For Leaders
(PTFL) Ketua Polis Balai (KPB) Siri 1/2014.
Majlis yang berlangsung di Hotel Dorsett, Subang pagi tadi menyaksikan kehadiran 160 Ketua Polis Balai dari seluruh semenanjung Malaysia sebagai kumpulan pertama yang menyertai program tersebut dan akan diteruskan ke Sabah & Sarawak pada bulan Jun hadapan.
kursus ini diharap dapat melahirkan KPB yang cekal, berdaya tahan dari mental dan fizikal serta berintegriti yang disulam bersama elemen intelektual dan motivasi seterusnya mewujudkan keseimbangan antara kecerdasan intelek, emosi dan spiritual bagi mencapai matlamat diri dan hala tuju organisasi.

Ketibaan YDH CP Datuk Seri Mohd Fuzi Bin Harun, Pengarah Pengurusan.

YDH CP Datuk Seri Mohd Fuzi Bin Harun, Pengarah Pengurusan menyampaikan ucapan perasmian.

Barisan tetamu kehormat.

Peserta-peserta kursus.

Sesi penyampaian cenderahati.

Bergambar kenangan.