
Article
Mengenang Jasa Bakti Allahyarham Ayahanda Abang Kepada Pasukan Kpn Sampaikan P J P N
Kuala Pilah, 20 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini kembali ke kampung halamannya dekat Kampung Parit Seberang di si...
Kuala Pilah, 20 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini kembali ke kampung halamannya dekat Kampung Parit Seberang di sini, bagi memberi penghormatan tertinggi Pasukan dengan menganugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) kepada dua insan yang tidak asing lagi dalam hidup beliau, yang telah mencurah khidmat bakti kepada negara dan Pasukan.
Majlis penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) tanpa istiadat tadi turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman, CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dan isteri merangkap Pengerusi PERKEP Kontinjen Negeri Sembilan, DSP Datin Erny Yusnida Che Yusoff, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis) Bukit Aman, SAC Zailanni Amit, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Abd Khalid Othman dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, DSP Syahrul Anuar Abd Wahab.
Manakala pesara Sarjan Abd Razak pula menyertai Pasukan pada 19 Mac 1977 dan bersara pada 5 Januari 2015 di tempat terakhir tugasnya dekat Balai Polis Bahau, Jempol, Negeri Sembilan.
Penganugerahan P.J.P.N. tadi disempurnakan oleh Tan Sri Razarudin kepada ibunda beliau iaitu Puan Rahmah Abd Rahman yang mewakili suaminya dan pesara Sarjan Abd Razak sendiri.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri











