Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mengenang Jasa Bakti Allahyarham Ayahanda Abang Kepada Pasukan Kpn Sampaikan P J P N

Diterbitkan: 20 Dec 2023 3.09 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Pilah, 20 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini kembali ke kampung halamannya dekat Kampung Parit Seberang di sini, bagi memberi penghormatan tertinggi Pasukan dengan menganugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) kepada dua insan yang tidak asing lagi dalam hidup beliau, yang telah mencurah khidmat bakti kepada negara dan Pasukan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mengenang-jasa-bakti-allahyarham-ayahanda-abang-kepada-pasukan-kpn-sampaikan-p-j-p-n
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:26 MYT
Kuala Pilah, 20 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini kembali ke kampung halamannya dekat Kampung Parit Seberang di sini, bagi memberi penghormatan tertinggi Pasukan dengan menganugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) kepada dua insan yang tidak asing lagi dalam hidup beliau, yang telah mencurah khidmat bakti kepada negara dan Pasukan.

Dua insan tersebut ialah ayahanda Tan Sri Razarudin sendiri iaitu Allahyarham pesara Koperal Husain @ Abdul Rashid Maarof dan abang beliau, pesara Sarjan Abd Razak Husain.

Majlis penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) tanpa istiadat tadi turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman, CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dan isteri merangkap Pengerusi PERKEP Kontinjen Negeri Sembilan, DSP Datin Erny Yusnida Che Yusoff, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis) Bukit Aman, SAC Zailanni Amit, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Abd Khalid Othman dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, DSP Syahrul Anuar Abd Wahab.

Allahyarham pesara Koperal Husain @ Abdul Rashid yang mula berkhidmat dalam Pasukan pada 1 Oktober 1952, bersara pada 1 Mac 1985 dan pernah berkhidmat di beberapa buah Kontinjen seperti Kelantan dan Selangor. Beliau meninggal dunia pada 23 Disember 2021 kerana sakit tua.

Manakala pesara Sarjan Abd Razak pula menyertai Pasukan pada 19 Mac 1977 dan bersara pada 5 Januari 2015 di tempat terakhir tugasnya dekat Balai Polis Bahau, Jempol, Negeri Sembilan.

Penganugerahan P.J.P.N. tadi disempurnakan oleh Tan Sri Razarudin kepada ibunda beliau iaitu Puan Rahmah Abd Rahman yang mewakili suaminya dan pesara Sarjan Abd Razak sendiri.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

Mungkin imej 2 orang dan teks

Mungkin imej 2 orang dan teks

Mungkin imej 3 orang

Mungkin imej 8 orang, dais dan teks

Mungkin imej 2 orang dan teks yang berkata 'PING KO stiadat an erahan IWAN NEGARA I SEMBILAN YDI SI ET 20 DIS NO DIN BIN HUS EGARA 23 UNC JAMADILAKHIR 1445

Mungkin imej 2 orang, dais dan teks yang berkata 'PINGAT KONT tiadat tia .+) erahan AN NEGARA EMBILAN YDH P 20DISEMB NO.29 BIN HUS RA ၁; RS PARIT DILAKHI

Mungkin imej 7 orang, dais dan teks

Mungkin imej 6 orang, dais dan teks

Mungkin imej 6 orang, dais dan teks

Mungkin imej 10 orang, dais dan teks

Mungkin imej 7 orang dan teks

Mungkin imej 8 orang dan teks


ArtikelDiterbitkan 20 Dec 2023 3.09 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM