Kuala
Terengganu - Seorang suspek berusia 28 tahun ditahan pihak polis
selepas didapati mencuri telefon bimbit seorang pesakit yang menerima
rawatan di sebuah wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Mangsa
berusia 40-an, hanya mampu melihat telefon bimbit miliknya yang
disorokkan di bawah bantal diambil pencuri yang dikenalinya disebabkan
terlalu uzur dan dalam keadaan sakit.
Suspek ditahan selepas isteri mangsa membuat laporan polis.
Ketua
Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin
ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes
disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan suspek
boleh dipenjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan
kesalahan.

Sumber: Sinar Harian
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Mencuri Di Dalam Wad
Kuala Terengganu - Seorang suspek berusia 28 tahun ditahan pihak polis selepas didapati mencuri telefon bimbit seorang pesakit yang menerima rawatan di sebuah wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSN..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mencuri-di-dalam-wad
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.