Dua Diberkas Sejam Selepas Samun Pengurus
Sungai
Siput - Dua daripada empat lelaki yang menyamun seorang pengurus sebuah
stesen minyak di sini, diberkas kurang satu jam selepas mereka
melakukan jenayah itu.
Hasil siasatan awal polis, Long Hooi Soon, 53, disamun ketika hendak memasukkan wang perniagaan berjumlah RM40,000 ke dalam sebuah bank berhampiran.
Dalam
kejadian jam 12.58 tengah hari itu, kenderaan yang dinaiki mangsa dari
stesen minyak di Khantan Baru bersama pekerjanya disamun ketika berhenti
di lampu isyarat berhampiran Kampung Bahagia, di sini.
Menurut
Ketua Polis Sungai Siput, Superintendan Azman Salim, dua lagi suspek
melarikan diri dan sedang dikesan. Kes disiasat di bawah Seksyen 393,
395/397 Kanun Keseksaaan.

Sumber: Sinar Harian