Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mencuri Di Dalam Wad

Published: 17 Jun 2014 8.43 AM Updated: 15 Aug 2026 7.41 PM
Kuala Terengganu - Seorang suspek berusia 28 tahun ditahan pihak polis selepas didapati mencuri telefon bimbit seorang pesakit yang menerima rawatan di sebuah wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSN..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mencuri-di-dalam-wad
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:42 MYT

Kuala Terengganu - Seorang suspek berusia 28 tahun ditahan pihak polis selepas didapati mencuri telefon bimbit seorang pesakit yang menerima rawatan di sebuah wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Mangsa berusia 40-an, hanya mampu melihat telefon bimbit miliknya yang disorokkan di bawah bantal diambil pencuri yang dikenalinya disebabkan terlalu uzur dan dalam keadaan sakit.

Suspek ditahan selepas isteri mangsa membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan suspek boleh dipenjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Mencuri Di Dalam Wad

Sumber: Sinar Harian

ArticlePublished 17 Jun 2014 8.43 AMUpdated 15 Aug 2026 7.41 PM