Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mencemar Duli Malam Menjunjung Kasih

Diterbitkan: 11 Jun 2014 8.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Patik serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia, dengan rendah hati merafak sembah dan setinggi-tinggi menjunjung kasih yang tidak terhingga, di atas perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku Al-Wathiqu B..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mencemar-duli-malam-menjunjung-kasih
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:53 MYT

Kuala Lumpur, 28 November -  "Patik serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia, dengan rendah hati merafak sembah dan setinggi-tinggi menjunjung kasih yang tidak terhingga, di atas perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku  Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Pemaisuri Agong Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah mencemar duli berangkat ke Majlis Menjunjung Kasih di malam yang amat bersejarah ini,"  ujar YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena Majlis santapan Diraja menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ke XIII (13), Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Pemaisuri Agong Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di Palace of the Golden Horses, Mines Kuala Lumpur, hari ini.

"Pada tanggal 12 Disember nanti genaplah lima tahun lamanya Seri Paduka Baginda Tuanku bersemayam di atas takhta menerajui Malaysia sebagai ketua negara yang berdaulat dan dalam tempoh waktu tersebut, Seri Paduka Baginda Tuanku telah memerintah negara ini dengan adil dan saksama, mencurahkan sepenuhnya pengalaman, pengetahuan dan kudrat yang ada demi untuk melihat rakyat jelata berada dalam kesejahteraan dan negara mendapat kemakmuran dan keamanan," tambah beliau. 

Seri Paduka Baginda Tuanku dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, tidak pernah merasa jemu untuk bersama-sama dengan warga PDRM dan berkenan mencemar duli berangkat dan turut serta di dalam program-program yang dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia.
 
"Sesungguhnya, manifestasi daripada setiap keberangkatan Seri Paduka Baginda Tuanku, telah meletakkan Seri Paduka Baginda Tuanku berdua, begitu dekat di hati patik dan warga PDRM sekalian,'

"Seri Paduka Baginda Tuanku telah bertitah agar setiap anggota keselamatan negara tetap meneruskan perjuangan untuk memelihara keamanan dunia yang menjadi prasyarat utama kepada kestabilan dan kemakmuran negara dan akan tertanam di sanubari patik sekalian, akan kekal dalam ingatan selamanya dan InsyaAllah dijadikan azimat untuk terus menabur bakti kepada agama, nusa dan bangsa," ujar YDH Ketua Polis Negara lagi.

Sebagai sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang yang utama di negara ini, Polis Diraja Malaysia sememangnya bertanggungjawab untuk melaksanakan segala amanah pucuk pimpinan negara dan ekspektasi rakyat keseluruhannya, dalam menentukan keselamatan dan ketenteraman di dalam negara sentiasa terjamin dari setahun ke setahun.

PDRM merafak sembah dan setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Tuanku yang telah berbesar hati mengurniakan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis serta Darjah Kebesaran Persekutuan di sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku.

Majlis menjunjung kasih ini, adalah merupakan satu daripada aktiviti mes pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dan merupakan satu majlis dipenuhi dengan tradisi kepolisan yang telah diadakan sejak zaman berzaman lagi.

Ianya merupakan satu warisan yang perlu dihayati dengan teliti oleh setiap lapisan peringkat pegawai, terutamanya pegawai-pegawai muda kerana majlis ini berupaya membentuk keperibadian dan sikap seseorang pegawai kanan polis, serta mengenali secara mendalam tentang budaya yang menjadi amalan di dalam PDRM.

Budaya dan tradisi mengadakan malam mes adalah bermatlamatkan untuk mempertingkatkan lagi semangat kesetiakawanan atau 'esprit de corps' yang merupakan satu teras kepada kecemerlangan sesebuah organisasi seperti PDRM.

"Semangat ukhwah yang disemai dan dipupuk di kalangan pegawai-pegawai kanan polis ini, diharapkan menjadi perisai yang kebal untuk PDRM menghadapi cabaran semasa dan akan datang yang dihadapi negara dan organisasi PDRM," akhiri YDH Ketua Polis Negara.

Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Yang Mulia Tengku Datin Seri Marsilla binti Tengku Abdullah, Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Hassan Ketua Setiausaha Negara dan Y.Bhg Puan Sri Dato' Wan Noorlina binti Wan Hussin, Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd. Zin, Panglima Angkatan Tentera dan Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Umi Kalsom binti Wan Awang, Y.Bhg Tan Sri Haji Abu Bakar bin Haji Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan YB Datin Wira Rahimi binti Yeop, YB Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Yang Berbahagia Puan Sri Nabihah binti Haji Hassan, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Datin Sri Imran binti Ibrahim, YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah merangkap Pengerusi Majlis Malam Menjunjung Kasih dan Yang Berbahagia Datin Seri Rohaya binti Dato' Hj. Mohd Yassin, Kerabat-Kerabat dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM. 



Mencemar Duli Malam Menjunjung Kasih
Sesi pendaftaran masuk...

Mencemar Duli Malam Menjunjung Kasih
Ketibaan YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara...

Mencemar Duli Malam Menjunjung Kasih
Ketibaan Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan diiringi oleh Yang Dihormati Deputi Inspektor Jeneral Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara...

Mencemar Duli Malam Menjunjung Kasih
Mencemar Duli Malam Menjunjung Kasih
Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ke XIII (13), Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Pemaisuri Agong Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, serta diiringi oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara...

Mencemar Duli Malam Menjunjung Kasih
Pengacara majlis memulakan majlis dengan kata - kata aluannya...

Mencemar Duli Malam Menjunjung Kasih
Mencemar Duli Malam Menjunjung Kasih
Mencemar Duli Malam Menjunjung Kasih
Di antara tetamu kehormat yang turut hadir...

Mencemar Duli Malam Menjunjung Kasih
Ucapan aluan dari YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara...

Mencemar Duli Malam Menjunjung Kasih
Mencemar Duli Malam Menjunjung Kasih
Mencemar Duli Malam Menjunjung Kasih
Penyampaian cenderahati kenang - kenangan...

Mencemar Duli Malam Menjunjung Kasih
Antara tetamu jemputan yang hadir...

Mencemar Duli Malam Menjunjung Kasih
Mencemar Duli Malam Menjunjung Kasih
Sesi bergambar kenangan bersama yang DiPertuan Agong...

Mencemar Duli Malam Menjunjung Kasih
Mencemar Duli Malam Menjunjung Kasih
Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ke XIII (13), Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum
Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bersama YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara serta isteri menyaksikan gimik bunga api yang telah disediakan...



Wartawan/jurugambar: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 8.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM