Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm

Published: 12 Jun 2014 12.49 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seiring laungan transformasi kerajaan, diperhalusi dengan penyerapan elemen 4P, 3C dan sebagainya telah menjadi penggerak dalam memperkembangkan sayap PDRM ke seantero dunia sebagai satu agensi pengua..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/menara-satu-bukit-aman-manifestasi-kemajuan-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:43 MYT

"... Mengambil kira kepada kemajuan teknologi komunikasi dan negara tidak lagi terpisah dari batasan sempadan, maka PDRM perlu mengubah budaya kepada tanda aras transformasi. Penjenayah telah menukar modus operandi melalui pendekatan informasi teknologi yang tinggi, maka warga PDRM juga perlu mencegah, mengesan dan menangkap penjenayah melalui kolaborasi 'man, machine and science'…" - Ketua Polis Negara

Bukit Aman, 12 April - Seiring laungan transformasi kerajaan, diperhalusi dengan penyerapan elemen 4P, 3C dan sebagainya telah menjadi penggerak dalam memperkembangkan sayap PDRM ke seantero dunia sebagai satu agensi penguatkuasaan undang-undang yang disegani.

Ironi dengan pencapaian ini, YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini telah menyempurnakan Upacara Perasmian Bangunan Menara 1 Bukit Aman - 'menara bongsu' yang turut merupakan mercu tanda baharu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Dalam ucapan Ketua Polis Negara hari ini, beliau menjelaskan manifestasi keberhasilan pembangunan ini juga melalui penambahan struktur fizikal seperti bangunan Menara 1 di samping perasmian Pusat Saringan Kesihatan Bukit Aman dan Taska PDRM Bukit Aman.

Ini juga turut membalas sorotan ungkapan YAB Perdana Menteri pada 2 April lalu, "Kita dambakan sebuah negara yang memiliki prasarana asas yang moden yang dapat dinikmati semua warga Malaysia dan kita impikan sebuah negara di mana persekitarannya sejahtera daripada jenayah."

"Pemesatan pembangunan terus dipacu kerajaan daripada bangunan kayu Bluff Road Hill Police Station, kemudiannya beralih ke bangunan empat tingkat- sekarang dikenali sebagai Kompleks Tiga seterusnya ditambah dengan bangunan baru Menara Dua yang pada suatu masa dahulu merupakan mercu tanda struktur tertinggi di Kuala Lumpur dan kini, Menara Satu Bukit Aman.

Turut hadir menyerikan majlis pada hari ini, YAB Datin Sri Rosmah binti Mansor, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bersama isteri, YB Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama isteri, YB Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama isteri, Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera bersama isteri, Y.Bhg Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri bersama isteri, YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bn Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis Perasmian Menara 1, Pengarah-pengarah PDRM, Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua-ketua dan Pesuruhjaya Polis, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media.

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Panji-Panji Utama PDRM diarak masuk

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Ketibaan YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Ketibaan YB Datuk Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Ketibaan YB Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Ketibaan Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Ketibaan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Ketibaan YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Ketibaan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Ketibaan YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
YAB Perdana Menteri Malaysia membalas tabik Hormat Perdana kepada Kawalan Kehormatan

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Turut hadir YAB Datin Sri Rosmah binti Mansor, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia dan Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Pemeriksaan baris oleh YAB Perdana Menteri Malaysia

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Antara yang hadir

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Bacaan doa oleh Supt. Haji Ghazali bin Haji Daud

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Ucapan daripada YDH Ketua Polis Negara

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Ucapan Perasmian oleh YAB Perdana Menteri Malaysia

Sekitar persembahan gimik
Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan Cenderahati kepada YAB Perdana Menteri Malaysia

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia menyampaikan Cenderahati kepada YAB Datin Sri Rosmah binti Mansor

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Antara penerima Cek bantuan Bayaran Saguhati Khas Bekas Polis Zaman Darurat

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Upacara memotong reben perasmian oleh YAB Perdana Menteri Malaysia

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia ke aras 31, Pejabat Ketua Polis Negara

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Menandatangani Buku Pelawat Pejabat Ketua Polis Negara

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Lawatan ke Aras 2, Pusat Media PDRM

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Menandatangani Buku Pelawat Pusat Media PDRM

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Melawat ruangan pameran PDRM

Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan Pdrm
Bergambar Kenangan di Loby Menara 1 Bukit Aman



Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto : SM Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
               Sjn Zaiddin bin Dahalan
               L/Kpl Edwind Indo
               L/Kpl Aslam Khir Khan bin Fairuz Khan
               L/Kpl Helmi bin Saadin

ArticlePublished 12 Jun 2014 12.49 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM