Memperkasakan Inovasi Mensejahterakan Rakyat
Putrajaya, 16 Dis – Anugerah Inovasi Perdana Menteri(AIPM) merupakan pengiktirafan tertinggi dalam menghargai usaha agensi kerajaan memperkasakan inovasi terutamanya dalam sektor awam.
Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Perdana Menteri yang bertemakan ‘Memperkasakan Inovasi, Mensejahterakan Rakyat‘ telah berlangsung meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dengan disempurnakan oleh YB. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najid bin Tun Abdul Razak petang tadi.
Turut diadakan ialah booth pameran bagi agensi-agensi yang bersaing dalam penciptaan inovasi terbaru yang boleh diguna pakai dalam memperkasa agenda inovasi negara.
Polis Diraja Malaysia(PDRM) turut tidak terkecuali menyertai pameran dengan kolaborasi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mempromosi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sebagai inisiatif utama program transformasi negara.
Sebelum itu, turut diadakan Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.
Hadir sama dalam majlis tersebut, ialah Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Zahid Hamidi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar , ketua-ketua jabatan kerajaan, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan wakil-wakil Media.
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.
Sekitar booth PDRM-ATM
YB. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najid bin Tun Abdul Razak menyampaikan ucapan.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa menyampaikan ucapan.
Sekitar majlis berlangsung..