Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Memancing Guna Peralatan Elektrik Dua Ditahan

Diterbitkan: 19 Jun 2014 1.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kluang, 17 Feb - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 menahan dua lelaki yang telah menjalankan aktiviti memancing dengan menggunakan peralatan elektrik semasa menjalankan Op Lindung di kawasan Empanga..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/memancing-guna-peralatan-elektrik-dua-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:53 MYT

Kluang, 17 Feb - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 menahan dua lelaki yang telah menjalankan aktiviti memancing dengan menggunakan peralatan elektrik semasa menjalankan Op Lindung di kawasan Empangan Machap, Simpang Renggam dekat sini petang semalam.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Zainol Abidin bin Hasan berkata, pihak PPM memandang serius perkara ini terutama yang melibatkan kawasan larangan seperti di kawasan empangan.

"Dalam operasi tersebut, pasukan kami telah menahan dua lelaki warga tempatan dan turut merampas satu set alatan elektrik menangkap ikan, satu set pancing, penyauk ikan, satu tong ais serta pelbagai jenis ikan air tawar yang dipercayai hasil daripada aktiviti haram yang dijalankan oleh suspek," katanya.

"Pasukan kami akan sentiasa menjalankan pemantauan di kawasan empangan sekitar negeri ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap pesalah mengikut peruntukkan undang-undang sedia ada," tegas beliau.

"Saya menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan-kegiatan ini, mohon kerjasama supaya menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Pasukan Polis Marin Wilayah 2 di talian 07-2372222 untuk tindakan segera," ujarnya lagi.

Kesemua rampasan dan suspek dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam kemudian diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Kaedah-Kaedah Perikanan (Sungai) 1984 Negeri Johor dan di bawah Seksyen 3 (2) (iii) Cara-cara menangkap ikan menggunakan alat-alat jentera dan letrik.

Memancing Guna Peralatan Elektrik Dua Ditahan
Sumber : Pasukan Polis Marin Johor

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 1.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM