Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Melodi Korea Dalam Orkestra Pdrm

Published: 10 Jun 2014 7.10 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
BUKIT AMAN - 13 Januari 2011 PDRM telah menerima sumbangan 2 unit piano digital buatan Korea, TV LCD jenama Samsung dan cek bernilai RM30 000.00 daripada Komuniti Perniagaan Korea di Malaysia...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/melodi-korea-dalam-orkestra-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:43 MYT

BUKIT AMAN - 13 Januari 2011

PDRM telah menerima sumbangan 2 unit piano digital buatan Korea, TV LCD jenama Samsung dan cek bernilai RM30 ,000.00 daripada Komuniti Perniagaan Korea Selatan di Malaysia. Sumbangan ini disampaikan oleh Mr Yong-Joon Lee, Duta Republik Korea Selatan kepada YDH IG Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara sebagai penghargaan dan tanda terima kasih di atas pengorbanan PDRM dalam menjaga keselamatan negara terutama rakyat Korea yang menetap di Malaysia sama ada untuk belajar mahupun bekerja.

YDH Tan Sri Ismail dalam ucapannya yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman petang tadi menjelaskan bahawa Malaysia dan Korea Selatan sentiasa mempunyai ikatan hubungan jangka panjang dan sebagai rakan dialog ASEANAPOL, Korea Selatan juga memainkan peranan aktif bagi memastikan keselamatan dan keamanan serantau. Jelas beliau lagi kedua-dua negara selain dari hubungan keselamatan juga turut mempunyai ikatan kukuh dalam bidang ekonomi dalam menjayakan Pelan Transformasi Ekonomi / Economic Tranformation Plan (ETP).

Beliau yang mewakili seluruh warga PDRM menghargai sumbangan tersebut dan akan menggunakan sepenuhnya piano yang diberikan bagi kegunaan orkestra PDRM. Piano digital yang difahamkan terkandung pelbagai lagu Korea di dalam memorinya diharap dapat didendangkan oleh orkestra PDRM, ujar Tan Sri Ismail.

Pada majlis yang sama, Duta Korea Selatan Mr Yong-Joon Lee semasa menyampaikan ucapannya berkata seluruh 20,000 warga Korea yang tinggal di Malaysia berterima kasih di atas usaha dan pengorbanan PDRM dalam menjaga keselamatan terutama sekali kepada pegawai polis yang bertugas di Balai Polis Ampang di atas sumbangan dan bantuan dari segi keselamatan warga Korea.

Cek bernilai RM30,000.00 pula adalah sebagai tabung biasiswa untuk anak-anak warga PDRM yang turut disumbangkan oleh beberapa syarikat Korea seperti Wintech iaitu syarikat teknologi maklumat Korea. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDH Dato' - Dato' Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai kanan, anggota, kakitangan awam serta jemputan media.


Melodi Korea Dalam Orkestra Pdrm
Duta Republik Korea Selatan, Mr Yong-Joon Lee menandatangani Buku Lawatan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman

Melodi Korea Dalam Orkestra PdrmAntara jemputan yang hadir bagi menyerikan majlis.

Melodi Korea Dalam Orkestra Pdrm
Mr Yong-Joon Lee menyampaikan ucapan.

Melodi Korea Dalam Orkestra PdrmPenyampaian piano digital dan TV LCD Samsung oleh Mr Yong-Joon Lee kepada YDH IG Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar

Melodi Korea Dalam Orkestra PdrmPenyerahan cenderahati oleh YDH IG Tan Sri Hj. Ismail kepada MR Yong-Joon Lee.

Melodi Korea Dalam Orkestra PdrmDendangan lagu 'And I Love U So' menggunakan piano digital oleh Konst Ridzuan.

Melodi Korea Dalam Orkestra PdrmSesi bergambar bersama YDH Ketua Polis Negara.

Melodi Korea Dalam Orkestra PdrmYDH IG Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar melihat piano digital dan TV LCD yang disumbangkan oleh Republik Korea Selatan


Wartawan    : L/Kpl Syamsul Baharin Mohamed
Jurugambar  : L/Kpl Khaidzir Mahmad
Penyunting  : Sjn Zaiddin Dahalan
ArticlePublished 10 Jun 2014 7.10 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM