Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mekanik Ragut Pelancong Hungary Ditahan

Published: 03 Feb 2015 3.41 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
George Town, 3 Feb - Seorang lelaki yang dipercayai meragut beg tangan seorang pelancong wanita Hungary pada Ahad ditahan di Jalan Kurau, Jelutong pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mekanik-ragut-pelancong-hungary-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:31 MYT
George Town, 3 Feb - Seorang lelaki yang dipercayai meragut beg tangan seorang pelancong wanita Hungary pada Ahad ditahan di Jalan Kurau, Jelutong pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata lelaki berusia 39 tahun dan bekerja sebagai mekanik itu ditahan di rumahnya pukul 6 pagi.

"Bertindak hasil maklumat awam dan pemeriksaan rakaman melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan kejadian, pasukan polis berjaya mengesan imej lelaki yang telah berkahwin itu.

"Pasukan polis telah menjalankan pemeriksaan di rumahnya pagi ini dan berdasarkan siasatan, dia mengaku terlibat dalam kejadian berkenaan," katanya kepada Bernama.

Dalam kejadian 11.30 malam itu, pelancong berusia 57 tahun berkenaan kerugian RM10,000 dan cedera akibat diragut seorang lelaki di persimpangan Lebuh Chulia di sini.
Mior Faridalatrash berkata polis merampas sebuah motosikal dan pisau yang digunakan dalam kejadian itu.

"Setakat ini, polis belum menemui semula barangan yang diragut lelaki.berkenaan iaitu kamera jenis Canon, sebuah Ipad, telefon bimbit dan berus gigi elektrik," katanya.

Lelaki yang mempunyai rekod jenayah lampau dan positif dadah itu telah direman.
-BERNAMA
ArticlePublished 03 Feb 2015 3.41 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM