Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mekanik Pandu Lawan Arus Halang Tugas Polis Dan Miliki Dadah Dipenjara 11 Bulan

Published: 16 Nov 2023 2.08 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Muar, 16 November 2023 - Seorang mekanik dipenjara 11 bulan atas tiga pertuduhan termasuk memandu melawan arus hingga merempuh tiga kenderaan manakala teman wanitanya 'dikirim' ke penjara selepas gagal membayar ikat jamin berkaitan kes dadah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mekanik-pandu-lawan-arus-halang-tugas-polis-dan-miliki-dadah-dipenjara-11-bulan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:22 MYT
Muar, 16 November 2023 - Seorang mekanik dipenjara 11 bulan atas tiga pertuduhan termasuk memandu melawan arus hingga merempuh tiga kenderaan manakala teman wanitanya 'dikirim' ke penjara selepas gagal membayar ikat jamin berkaitan kes dadah.

Tertuduh, Mohammad Nazrul Hazrey Mohd Hassan, 24, dan Intan Nurhuda Azman, 27, dihadapkan di Mahkamah Majistret semalam, masing-masing atas tiga dan satu pertuduhan dengan kedua-duanya mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mohammad Nazrul didakwa atas pertuduhan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (Akta 333/87) kerana memandu melawan arus sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

Kejadian berlaku di Jalan Maharani di sini, jam 2.30 pagi, 11 November lalu dan dia boleh dipenjara sehingga lima tahun serta denda RM15,000, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, dia didakwa menghalang anggota polis menjalankan tugas dengan kejadian berlaku di hadapan hotel di Jalan Bentayan dan Jalan Salleh, jam 2 pagi pada tarikh sama.

Tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda RM10,000 atau ke dua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran. May be an image of 4 people and text
ArticlePublished 16 Nov 2023 2.08 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM