Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mekanik Ditahan Dua Kenderaan Hilang Ditemui

Published: 17 Jun 2014 9.04 AM Updated: 15 Aug 2026 7.43 PM
George Town, 19 Ogos - Polis menahan seorang lelaki dan menemui semula dua kenderaan yang dilapor hilang di Queensbay dan Pulau Tikus di sini awal pagi tadi...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mekanik-ditahan-dua-kenderaan-hilang-ditemui
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:21 MYT

George Town, 19 Ogos - Polis menahan seorang lelaki dan menemui semula dua kenderaan yang dilapor hilang di Queensbay dan Pulau Tikus di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata hasil risikan dan maklumat awam, polis berjaya menjejaki dan menahan suspek yang dikenali sebagai Chee Chun Heng, 31, di rumahnya di Jalan Penanti, Bukit Mertajam pada pukul 1 pagi tadi.

"Dengan penahanan lelaki itu, kita berjaya menjumpai semula kereta jenis Toyota Camry yang dilapor hilang di Queensbay petang semalam dan sebuah lagi kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang hilang di Pulau Tikus dua bulan lepas," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel di Butterworth dan dia ditahan reman mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379(A)(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 9.04 AMUpdated 15 Aug 2026 7.43 PM