Muar
- Misteri kehilangan pelbagai peralatan termasuk perkakasan elektrik
milik seorang wanita di rumahnya terjawab apabila anaknya ditahan polis,
kelmarin.
Suspek
yang dipercayai bersubahat dengan seorang rakannya diberkas polis di
rumah rakannya itu yang terletak berhampiran dengan kediaman wanita
malang itu di Taman Cempaka Selatan, Parit Perupok, di sini.
"Suspek
mempunyai dua rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 380 Kanun
Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952
atas kesalahan dadah," kata Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Azman
Ayob.
"Rakan suspek pula yang berasal dari Batu Anam, Segamat tidak mempunyai sebarang rekod berkaitan jenayah atau dadah," katanya.
Beliau
berkata, kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis heroin dan
direman sehingga hari ini (Ahad) dan kes itu disiasat di bawah 506 Kanun
Keseksaan dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1957.

Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Dicekup Pecah Rumah Sendiri
Muar - Misteri kehilangan pelbagai peralatan termasuk perkakasan elektrik milik seorang wanita di rumahnya terjawab apabila anaknya ditahan polis, kelmarin...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dicekup-pecah-rumah-sendiri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.