Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mekanik Ditahan Dipercayai Muat Naik Kenyataan Jelik Terhadap Sultan Johor Tmj

Published: 22 Apr 2017 2.29 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Johor Bahru, 22 April 2017 - Polis menahan seorang mekanik, petang semalam, yang dipercayai individu bertanggungjawab memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor menerusi Facebook.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mekanik-ditahan-dipercayai-muat-naik-kenyataan-jelik-terhadap-sultan-johor-tmj
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:20 MYT

Johor Bahru, 22 April 2017 - Polis menahan seorang mekanik, petang semalam, yang dipercayai individu bertanggungjawab memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor menerusi Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata pemuda berumur 18 tahun itu ditahan di Padang Serai, Kedah, 6 petang semalam, hasil tindakan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.

Beliau berkata polis Kontinjen Johor telah menerima laporan berkenaan kenyataan jelik yang dimuat naik dalam Facebook terhadap Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor dan institusi diraja Johor pada 2.51 petang, 20 April (Khamis).

"Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka bagi menjalankan siasatan lanjut serta mengesan individu yang dipercayai memuat naik kenyataan jelik tersebut," katanya menerusi kenyataan di sini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata polis kini menjalankan siasatan terhadap mekanik kereta itu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pengguna media sosial yang membuat sebarang komen atau mengeluarkan sebarang kenyataan menyakitkan hati, menjelikkan, mengugut atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Polis Johor juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan media sosial dan mereka akan diburu seterusnya didakwa mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan, katanya.

-- BERNAMA

ArticlePublished 22 Apr 2017 2.29 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM