Media Dibawa Sertai Operasi Kesan Kewujudan Bahan Kimia Toksik Dan Berbahaya Di Klia 2
Sepang, 26 Februari 2017 – Pihak media diberi peluang untuk melihat dan menyertai Operasi Bersepadu bagi mengesan kemungkinan wujudnya bahan kimia toksik atau bahan berbahaya lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) ekoran kematian seorang rakyat Korea Utara pada 13 Februari lalu.
Kira-kira 70 media asing dan tempatan hadir dengan enam (6) wakil media terpilih, menyertai dan diberi peluang melihat sendiri bagaimana operasi tersebut dilaksanakan dengan lebih dekat.
Operasi hari ini melibatkan Pasukan Chemical Biological Radilogical Nuclear Explosive (CBRNe) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan HAZMAT dan CBRNe Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Pasukan Atomic Energy Licensing Board (AELB) Malaysia di sekitar kawasan berlakunya insiden tersebut.
Operasi dijalankan mulai jam 1.45 pagi dan berakhir pada jam 2.45 pagi.
Ketua Polis Selangor, Dato’ Sri Abdul Samah Mat dalam kenyataannya setelah selesai operasi tersebut, mengesahkan bahawa tiada bahan kimia toksik atau bahan berbahaya di KLIA 2, tiada pencemaran kepada bahan berbahaya dan KLIA 2 merupakan zon selamat.
Sekitar operasi dilaksanakan.
Sekitar sidang media berlangsung.
Sekitar operasi dilaksanakan.
Sekitar operasi dilaksanakan.
Sekitar operasi dilaksanakan.
Sekitar sidang media berlangsung.