
Article
Mdn Dan Kpn Raikan Sambutan Maulidur Rasul Bersama Warga Kdn Di Negeri Kelantan
Kota Bharu, 27 Oktober 2022 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin bersama kepimpinan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Polis Negara (...
Kota Bharu, 27 Oktober 2022 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin bersama kepimpinan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani meraikan sambutan Maulidur Rasul bersama warga kementerian di negeri Kelantan dekat Batalion 8, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pengkalan Chepa, di sini.
Majlis kemudiannya disusuli dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Muhamad Rashidi Abdullah dari Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan serta diakhiri dengan jamuan kesyukuran.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun, Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Azman Ayob, Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Superintendan Shohaiami Ismail dan para Pegawai Kanan Polis IPK Kelantan.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini














