Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mayat Terapung Di Pulau Perhentian Orang Ramai Diminta Bantu

Diterbitkan: 27 Apr 2016 1.51 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.29 PM
Besut, 27 April– Polis meminta orang ramai yang mengenali mayat yang ditemui terapung di laut berhampiran Perhentian Island Resort dekat Pulau Perhentian Besar tampil membuat laporan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mayat-terapung-di-pulau-perhentian-orang-ramai-diminta-bantu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:38 MYT

Besut, 27 April– Polis meminta orang ramai yang mengenali mayat yang ditemui terapung di laut berhampiran Perhentian Island Resort dekat Pulau Perhentian Besar tampil membuat laporan.

Ketua Polis Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata mayat lelaki yang dipercayai bangsa Cina itu ditemui terapung oleh seorang pemandu bot di kawasan kira-kira 300 meter dari pantai, kira-kira pukul 11.50 pagi.

Katanya, mayat berkenaan telah dibawa ke Klinik Desa Pulau Perhentian Kecil tetapi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan masih berpakaian renang semasa ditemui.

"Pemeriksaan awal ke atas mayat didapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh mangsa yang boleh disabitkan dengan kematiannya", katanya kepada media di sini hari ini.

Menurut Mohd Zamri, polis masih berusaha mengesan identiti mangsa dengan membuat pemeriksaan di setiap resort dan chalet di Pulau Perhentian.

Mayat telah dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 27 Apr 2016 1.51 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.29 PM