Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Maut Elak Diberkas Polis

Published: 11 Jul 2014 2.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang lelaki warga Afrika maut akibat kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dari tingkat lapan sebuah pangsapuri ketika cuba melarikan diri daripada ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Si..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/maut-elak-diberkas-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:30 MYT

MAUT ELAK DIBERKAS POLIS

Puchong, 8 Julai – Seorang lelaki warga Afrika maut akibat kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dari tingkat lapan sebuah pangsapuri ketika cuba melarikan diri daripada ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dalam satu serbuan yang diadakan di sini bulan lalu.

Dalam serbuan tersebut, pihak polis turut memberkas empat lagi lelaki warga Afrika disyaki rakan serumah mangsa bersama rampasan dadah syabu berjumlah 83.2 gram yang dijumpai di dalam sebuah bilik di mana lokasi serbuan dijalankan.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM12,480 dan kesemua suspek ditahan untuk di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

ArticlePublished 11 Jul 2014 2.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM