Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mat Rempit Rempuh Sekatan Polis Cedera

Published: 25 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang mat rempit mengalami kecederaan parah selepas lelaki itu bertindak merempuh sekatan pemeriksaan polis di kilometer 9.4 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) di sini awal pagi ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mat-rempit-rempuh-sekatan-polis-cedera
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:30 MYT

Bukit Mertajam, 25 Okt - Seorang mat rempit mengalami kecederaan parah selepas lelaki itu bertindak merempuh sekatan pemeriksaan polis di kilometer 9.4 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) di sini awal pagi ini.

Lelaki berusia lingkungan 20-an dan menunggang sendirian itu bertindak demikian bagi mengelak daripada ditahan polis, bagaimanapun gagal dan mengalami kecederaan akibat rempuhan berkenaan.

Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang DSP Tan Boon Hooi berkata dalam kejadian itu seorang anggota polis turut mengalami cedera ringan iaitu luka di tangan kiri selepas cuba mengelak dirempuh lelaki berkenaan.

"Semasa Op Bersepadu Samseng Jalanan dijalankan, seorang penunggang motosikal yang menunggang di lorong motosikal di BKE itu, bertindak merempuh sekatan polis dan dia mengalami kecederan patah kedua-dua belah tangan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut manakala anggota polis yang cedera ringan berkenaan turut dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

Katanya lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Sementara itu Tan berkata dalam operasi yang bermula 12 tengah malam tadi hingga 6.30 pagi ini, polis turut menjalankan ujian air kencing ke atas semua penunggang motosikal dan mendapati enam lelaki positif dadah.

"Kami turut menahan dua lelaki mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan tunggangan berbahaya selain bertindak menunggang melawan arus jalan raya.

"Polis juga menyita 43 motosikal dan mengeluarkan 86 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas," katanya sambil menambah operasi bersepadu itu disertai 93 pegawai dan anggota polis, Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Perbandaraan Seberang Perai.
- BERNAMA

ArticlePublished 25 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM