Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Masyarakat Sikh Sumbang Cek Kepada Perwira Lahad Datu

Diterbitkan: 12 Jun 2014 6.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pada satu Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Kepada Perwira Lahad Datu Sabah, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara hadir menerima cek daripada Presiden Gurdwara Pusat L..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/masyarakat-sikh-sumbang-cek-kepada-perwira-lahad-datu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:45 MYT
Masyarakat Sikh Sumbang Cek Kepada Perwira Lahad Datu
Oleh : L/Kpl Edwind Indo

"Mereka sedang menyerahkan jiwa raga dalam mencurah khidmat bakti dan berjuang bagi mendaulatkan negara di Sabah" - YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

KUALA LUMPUR, 9 Mac - Di atas rasa simpati, Persatuan Kaum Sikh telah berjaya mengumpul sebanyak RM30,000 sebagai suntikan semangat kepada para pewaris perwira menentang pengganas di Pantai Timur Sabah.

Pada satu Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Kepada Perwira Lahad Datu Sabah, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara hadir menerima cek daripada Presiden Gurdwara Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur, YDH DSP Mender Singh untuk disumbang kepada waris perwira serta anggota yang cedera berikutan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna.

"Saya merasa amat terharu dan merakamkan setinggi penghargaan kepada masyarakat Sikh di atas sumbangan ini. Saya yakin sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia, samada kaum Sikh, Melayu, Cina, India dan lain-lain, tanpa mengira batasan agama, bangsa dan budaya, tentulah perwira-perwira kita akan lebih bersemangat dalam meneruskan operasi yang dinamakan 'Op Daulat', untuk menghapuskan pengkhianat dan pengganas yang menceroboh kedaulatan negara kita", ujar YDH Timbalan Ketua Polis Negara di dalam ucapan beliau.

Hadir sama adalah YDH Datuk Wira Ayub bin Yaakob, Pengerusi Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) PDRM, YDH DCP Dato' Mohamad Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Zulkifly bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Anggota Angkatan Tentera Malaysia, Pegawai Kanan Polis, Masyarakat Sikh dan Rakan Media.

Masyarakat Sikh Sumbang Cek Kepada Perwira Lahad Datu
YDH DSP Mender Singh, Presiden Gurdwara Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur menyampaikan ucapan

Masyarakat Sikh Sumbang Cek Kepada Perwira Lahad Datu
YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan

Masyarakat Sikh Sumbang Cek Kepada Perwira Lahad Datu
Masyarakat Sikh Sumbang Cek Kepada Perwira Lahad Datu
Masyarakat Sikh Sumbang Cek Kepada Perwira Lahad Datu
Masyarakat Sikh Sumbang Cek Kepada Perwira Lahad Datu
Masyarakat Sikh Sumbang Cek Kepada Perwira Lahad Datu
Antara yang hadir

Masyarakat Sikh Sumbang Cek Kepada Perwira Lahad Datu
YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara menerima cek replika daripada YDH DSP Mender Singh, Presiden Gurdwara Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur untuk disumbang kepada waris perwira serta anggota yang cedera berikutan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna.

Masyarakat Sikh Sumbang Cek Kepada Perwira Lahad Datu
Masyarakat Sikh Sumbang Cek Kepada Perwira Lahad Datu
Sidang Media

Masyarakat Sikh Sumbang Cek Kepada Perwira Lahad Datu
Masyarakat Sikh Sumbang Cek Kepada Perwira Lahad Datu
Bergambar Kenangan

Masyarakat Sikh Sumbang Cek Kepada Perwira Lahad Datu
YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersalaman dengan anggota polis


ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 6.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM