Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Masyarakat Keluar Rumah Berkurangan 40 Hingga 60 Peratus

Published: 24 May 2021 11.59 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 24 Mei 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan terdapat pengurangan antara 40 hingga 60 peratus kehadiran masyarakat di kawasan tumpuan ramai di seluruh negara sejak semalam dan kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/masyarakat-keluar-rumah-berkurangan-40-hingga-60-peratus
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:24 MYT

Kuala Lumpur, 24 Mei 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan terdapat pengurangan antara 40 hingga 60 peratus kehadiran masyarakat di kawasan tumpuan ramai di seluruh negara sejak semalam dan kelmarin.

Ini jelas menunjukkan rakyat sedang berusaha melakukan kawalan kendiri sebagai 'barisan hadapan' bagi memastikan rantaian penularan COVID-19 dapat dibendung.

Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, kunci utama kepada keselamatan kesihatan bagi mengelak dijangkiti pandemik COVID-19 terletak kepada disiplin diri dan sikap masyarakat terbabit.

"Saya menerima makluman daripada semua Ketua Polis negeri, bahawa kehadiran orang ramai di kawasan tumpuan mencatatkan penurunan yang besar, sekali gus menunjukkan kesedaran tinggi dalam diri setiap masyarakat untuk membantu membendung penularan wabak.

"Justeru, saya mengucapkan tahniah kepada orang ramai yang turut bersama-sama kami (polis) dan Kementerian Kesihatan (KKM) memastikan COVID-19 terus dihentikan penyebarannya," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/…/masyarakat-keluar-rumah-berkur…

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Masyarakat Keluar Rumah Berkurangan 40 Hingga 60 Peratus
ArticlePublished 24 May 2021 11.59 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM