Kuala Lumpur, 17 Oktober - Bagai aur dengan tebing Polis dan masyarakat jelas amat memerlukan antara satu sama lain dan saling berkait rapat dalam memastikan usaha membanteras jenayah di negara ini dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Tanpa kerjasama masyarakat setempat, usaha pihak berkuasa membanteras kegiatan jenayah dilihat agak sukar, tambahan pula jika ia diiakukan oieh sebelah pihak saja, Perkara itu diakui Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah, 54, yang menyifatkan penduduk setempat wajar bersama polis untuk mengurangkan indeks jenayah di sesebuah kawasan.
Katanya, usaha yang diperkenalkan itu adalah penubuhan pondok dan balai polis komuniti yang ditempatkan di kawasan perumahan dan bangunan komersial, sekali gus menjalinkan hubungan rapat anggota polis bersama masyarakat.
Sokongan dan bantuan masyarakat bersama menjadi 'mata-mata' pihak berkuasa amat diperlukan dan dihargai.
''Sudah tiba masanya tanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dipikul bersama sekali gus dapat memantapkan lagi usaha membanteras jenayah,"katanya.
Sumber: Berita Harian