Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Masyarakat Jadi Mata Mata

Published: 17 Oct 2014 8.52 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 17 Oktober - Bagai aur dengan tebing Polis dan masyarakat jelas amat memerlukan antara satu sama lain dan saling berkait rapat dalam memastikan usaha membanteras jenayah di negara ini dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/masyarakat-jadi-mata-mata
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:47 MYT

Kuala Lumpur, 17 Oktober - Bagai aur dengan tebing Polis dan masyarakat jelas amat memerlukan antara satu sama lain  dan saling berkait rapat dalam memastikan usaha membanteras jenayah di negara ini dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Tanpa kerjasama masyarakat setempat, usaha pihak berkuasa membanteras kegiatan jenayah dilihat agak sukar, tambahan pula jika ia diiakukan oieh sebelah pihak saja, Perkara itu diakui Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah, 54, yang menyifatkan penduduk setempat wajar bersama polis untuk mengurangkan indeks jenayah di sesebuah kawasan.

Katanya, usaha yang diperkenalkan itu adalah penubuhan pondok dan balai polis komuniti yang ditempatkan di kawasan perumahan dan bangunan komersial, sekali gus menjalinkan hubungan rapat anggota polis bersama masyarakat.

Sokongan dan bantuan masyarakat bersama menjadi 'mata-mata' pihak berkuasa amat diperlukan dan dihargai.

''Sudah tiba masanya tanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dipikul bersama sekali gus dapat memantapkan lagi usaha membanteras jenayah,"katanya.

Masyarakat Jadi Mata Mata
Sumber: Berita Harian

ArticlePublished 17 Oct 2014 8.52 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM