Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Masjid Bukit Aman Terima Van Jenazah Baharu

Published: 05 Mar 2015 6.48 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 4 Mac – Pengurusan jenazah merupakan fardhu kifayah yang dituntut dalam agama Islam disamping menjadi tanda penghormatan terhadap jenazah. Justeru itu, Masjid Bukit Aman bersama Tabung Yayasan Al-Bukhari telah memperuntukkan sejumlah dana bagi membeli sebuah van jenazah bagi mengantikan kenderaan sedia ada yang telah digunakan hampir 17 tahun.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/masjid-bukit-aman-terima-van-jenazah-baharu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:51 MYT
MASJID BUKIT AMAN TERIMA VAN JENAZAH BAHARU

Kuala Lumpur, 4 Mac – Pengurusan jenazah merupakan fardhu kifayah yang dituntut dalam agama Islam disamping menjadi tanda penghormatan terhadap jenazah.

Justeru itu, Masjid Bukit Aman bersama Tabung Yayasan Al-Bukhari telah memperuntukkan sejumlah dana bagi membeli sebuah van jenazah bagi mengantikan kenderaan sedia ada yang telah digunakan hampir 17 tahun.

YDH Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapan perasmian kenderaan tersebut di Bukit Aman petang tadi menyatakan dengan adanya van tersebut akan dapat melancarkan melancarkan proses penghantaran jenazah terutamanya apabila melibatkan perjalanan yang jauh ke seluruh semenanjung Malaysia.

“Saya berharap agar kenderaan yang diberikan dapat dijaga dengan sebaiknya oleh seluruh kariah masjid dan amaat berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pembelian tersebut,”katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) merangkap Pengerusi Tabung Yayasan Al-Bukhari, Senior DCP Dato’ Zubaidah Md Ismail, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Senior DCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Ramli Hj. Din, Ketua Trafik Pasukan merangkap Pengerusi Masjid, Dato’ Hj Fuad Abd Latif, dan pegawai-pegawai kanan serta Ahli Jawatankuasa Masjid.



Masjid Bukit Aman Terima Van Jenazah Baharu
Ketibaan YDH Pengarah Pengurusan PDRM , CP Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun

Masjid Bukit Aman Terima Van Jenazah Baharu
YDH Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun menyampaikan ucapan perasmian..

Masjid Bukit Aman Terima Van Jenazah Baharu
Sekitar majlis berlangsung..

Masjid Bukit Aman Terima Van Jenazah Baharu
Masjid Bukit Aman Terima Van Jenazah Baharu
Masjid Bukit Aman Terima Van Jenazah Baharu
Sekitar upacara perasmian..

Masjid Bukit Aman Terima Van Jenazah Baharu
Masjid Bukit Aman Terima Van Jenazah Baharu
YDH Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun memeriksa van yang baru diterima..
ArticlePublished 05 Mar 2015 6.48 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM