Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Martabatkan Institusi Kepolisan Di Mata Masyarakat Kpn

Published: 06 Aug 2018 7.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 6 Ogos 2018 – Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa untuk memperkukuh integriti pasukan dan mematuhi standard yang telah ditetapkan agar lebih telus serta komited dalam menjunjung amanah negara demi memartabatkan institusi kepolisan khususnya di mata masyarakat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/martabatkan-institusi-kepolisan-di-mata-masyarakat-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:58 MYT

Kuala Lumpur, 6 Ogos 2018 – Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa untuk memperkukuh integriti pasukan dan mematuhi standard yang telah ditetapkan agar lebih telus serta komited dalam menjunjung amanah negara demi memartabatkan institusi kepolisan khususnya di mata masyarakat. 

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, ianya boleh direalisasikan jika pasukan melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang betul sekaligus dapat memenuhi aspirasi dan ekspektasi yang positif di sisi masyarakat.

Tambahnya, cabaran-cabaran ini jika tidak dapat ditelusuri dan ditangkis secara berhemah dan telus, pastinya berupaya memberi impak negatif kepada prestasi serta produktiviti warga PDRM.

Berucap sempena Majlis Perjumpaan KPN Bersama Ketua-ketua Polis Daerah (KPD) Seluruh Malaysia bertempat di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM sebentar tadi, Tan Sri Mohamad Fuzi menyeru semua KPD untuk bersama-sama menyemat lafaz ikrar dan sumpah taat setia kepada negara agar majlis pada hari ini menjadi ‘eye opener’ kepada warga PDRM memacu pasukan ke tahap yang lebih cemerlang.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, barisan Pengarah PDRM dan 157 KPD dari seluruh negara.

0S7A1845
Amanat daripada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun.


0S5A7615
Sekitar ucapan pembukaan majlis oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

0S7A1708
Sekitar Majlis Perjumpaan KPN Bersama Ketua-ketua Polis Daerah (KPD) Seluruh Malaysia berlangsung.

0S5A7583
Sekitar Majlis Perjumpaan KPN Bersama Ketua-ketua Polis Daerah (KPD) Seluruh Malaysia berlangsung.

0S5A7873
Sekitar Majlis Perjumpaan KPN Bersama Ketua-ketua Polis Daerah (KPD) Seluruh Malaysia berlangsung.


ArticlePublished 06 Aug 2018 7.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM