Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Markas Judi Bola Libat Pertaruhan Rm100 000 Sebulan Diserbu

Published: 16 Jun 2014 4.15 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
SEREMBAN 6 April - Kegiatan perjudian haram melibatkan perlawanan bola sepak secara dalam talian yang aktif di negara ini sejak dua bulan lalu, akhirnya tumpas selepas pihak polis menggempur markas ku..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/markas-judi-bola-libat-pertaruhan-rm100-000-sebulan-diserbu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:18 MYT

SEREMBAN 6 April - Kegiatan perjudian haram melibatkan perlawanan bola sepak secara dalam talian yang aktif di negara ini sejak dua bulan lalu, akhirnya tumpas selepas pihak polis menggempur markas kumpulan itu di sebuah rumah di Kampung Seri, Parit Lukut, Port Dickson, dekat sini Ahad lalu.

Siasatan mendapati kumpulan itu yang dikesan aktif sejak Februari lepas menguruskan pertaruhan sehingga mencecah RM100,000 sebulan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dalam serbuan pukul 11.25 malam itu, tiga lelaki tempatan berusia 19 hingga 31 tahun ditahan.

Tambah beliau, ketika serbuan hasil maklumat awam itu, kesemua mereka sibuk menjalankan urus niaga pertaruhan bola sepak secara dalam talian.

"Berdasarkan siasatan yang kita lakukan, kumpulan itu dipercayai membangunkan satu laman web dengan kaki-kaki judi akan membuat pertaruhan membabitkan perlawanan di Liga Perdana England (EPL) dan Liga Sepanyol (La Liga).

"Setiap kaki judi akan memasukkan wang pertaruhan mereka dalam akaun kumpulan berkenaan dan bayaran wang kemenangan juga dibayar terus ke dalam akaun milik pelanggan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, dalam serbuan itu, polis merampas sebuah komputer, modem, telefon, buku catatan dan kertas yang mengandungi senarai nama serta jumlah taruhan kaki-kaki judi.

Hamdan memberitahu, majoriti pelanggan dari negara ini, bagaimanapun jumlah sebenarnya masih dalam siasatan.

"Kita juga akan membekukan semua akaun milik suspek yang dipercayai digunakan dalam transaksi perjudian itu," jelasnya.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

ArticlePublished 16 Jun 2014 4.15 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM