Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Marin Tawau Rampas Peralatan Bom Ikan

Diterbitkan: 19 Jun 2014 2.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tawau, 11 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya merampas peralatan bahan letupan yang digunakan untuk menangkap ikan secara haram dalam Op Landai di kawasan Sabindo pagi semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/marin-tawau-rampas-peralatan-bom-ikan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:40 MYT

Tawau, 11 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya merampas peralatan bahan letupan yang digunakan untuk menangkap ikan secara haram dalam Op Landai di kawasan Sabindo pagi semalam.

Komander PPM Wilayah 4 ACP Mohamad bin Madun berkata seorang lelaki warga tempatan berusia 63 tahun bersama isteri yang merupakan warga asing tidak memiliki pengenalan diri berada dalam keadaan mencurigakan semasa rondaan dijalankan oleh anggota yang bertugas.

"Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 100 unit Special Ordinary

Detonators dan fius serta dua gulung wayar yang berjumlah RM12,400 dijumpai bersama pasangan tersebut," katanya lagi.

Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Tawau bersama barang rampasan untuk tindakan dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, katanya.

Mohamad memberi amaran kepada mana-mana pihak dan individu yang menjalankan kegiatan menyeludup Detonators dan fius yang dipercayai digunakan untuk membuat bom ikan agar memberhentikan kegiatan mereka.

PPM Wilayah 4 Sabah akan terus memantau dan melaksanakan operasi yang berterusan bagi membanteras aktiviti tersebut, tambah Mohamad.

Marin Tawau Rampas Peralatan Bom Ikan
Sumber : Pasukan Polis Marin Tawau

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 2.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM