Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Marin Tahan Tiga Lelaki Rampas 40 Bakau Dan Bahan Api

Published: 11 Sep 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohamad Madun berkata, pasukannya yang sedang membuat rondaan telah terserempak dengan perahu yang dibawa oleh lelaki berumur 23 tahun itu dalam keadaan mencurigakan. "Pihak polis turut menyita perahu dan peralatan yang digunakan untuk membawa barang curi tersebut dengan anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM7000", katanya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/marin-tahan-tiga-lelaki-rampas-40-bakau-dan-bahan-api
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:26 MYT

Tawau, 11 September- Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 40 batang kayu Bakau dipercayai dicuri dari hutan simpan berdekatan perairan Tanjung Seringgit di sini, petang semalam.

Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohamad Madun berkata, pasukannya yang sedang membuat rondaan telah terserempak dengan perahu yang dibawa oleh lelaki berumur 23 tahun itu dalam keadaan mencurigakan.

"Pihak polis turut menyita perahu dan peralatan yang digunakan untuk membawa barang curi tersebut dengan anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM7000", katanya.

Suspek dan rampasan di bawa balik ke Pangkalan PPM untuk tujuan dokumentasi sebelum disiasat di bawah Seksyen 30 (1)(g) Enakmen Perhutanan 1968.

PPM Tumpaskan Penyuludupan Haram Ke Negara Jiran

Dalam perkembangan lain, ACP Mohamad turut memaklumkan kejayaan pihaknya menahan dua lelaki dan merampas 45 jerikin mengandungi minyak patrol dan diesel bernilai RM79,458 dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Kedua-dua lelaki tempatan yang berumur di antara 42 dan 56 tahun itu ditahan bersama bahan api berkenaan dalam perahu mereka di perairan Kerindingan kira-kira jam 4.20 petang semalam.

"Hasil pemeriksaan pihak polis telah menemui 40 jerikin berisi 1000 liter patrol dan lima jerikin berisi 125 liter diesel dalam ruang kedua-dua perahu tersebut", ujar beliau.

Tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Marin Tahan Tiga Lelaki Rampas 40 Bakau Dan Bahan Api

ArticlePublished 11 Sep 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM