Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Marin Rampas Syabu Bernilai Rm 8 Ribu

Diterbitkan: 18 Jun 2014 7.25 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.36 PM
Sandakan, 5 Jan - Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya menahan dua lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa membuat tugas rondaan di kawasan pesisir pantai Kampong Tinosa...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/marin-rampas-syabu-bernilai-rm-8-ribu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:56 MYT

Sandakan, 5 Jan - Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya menahan dua lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa membuat tugas rondaan di kawasan pesisir pantai Kampong Tinosa.

Sebanyak tujuh paket plastik lutsinar berlainan saiz mengandungi dadah jenis syabu dianggarkan seberat 30 gram dijumpai bersama salah seorang suspek terbabit hasil pemeriksaan lanjut.

Kedua-dua suspek ditangkap dan barang kes dirampas serta dibawa ke Balai Polis Sandakan untuk tindakan lanjut.

Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM8000. Kes disiasat dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber : HEA Cawangan Marin Sandakan

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 7.25 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.36 PM