Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Marin Rampas 126 Ribu Liter Minyak Diesel

Diterbitkan: 18 Jun 2014 7.35 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.37 PM
Bintulu, 7 Jan – Tiga buah lori tangki dan empat tangki besar simpanan minyak dirampas dalam Op Cantas Khas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 di sebuah bengkel membaiki lori di Jalan Bintulu-Ta..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/marin-rampas-126-ribu-liter-minyak-diesel
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:37 MYT

Bintulu, 7 Jan – Tiga buah lori tangki dan empat tangki besar simpanan minyak dirampas dalam Op Cantas Khas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 di sebuah bengkel membaiki lori di Jalan Bintulu-Tatau, pagi tadi.

Dalam serbuan tersebut turut ditahan seorang suspek bagi membantu siasatan.

Pemeriksaan lanjut ke atas lori tersebut telah menemukan lebih kurang 126 ribu liter minyak diesel dengan anggaran RM697,600 yang dipercayai diperoleh dan disimpan untuk tujuan penyelewengan.

Hasil rampasan telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Bintulu untuk tindakan lanjut.

Marin Rampas 126 Ribu Liter Minyak Diesel
Marin Rampas 126 Ribu Liter Minyak Diesel
Sumber : HEA Cawangan Marin Bintulu

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 7.35 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.37 PM