Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Marin Pulau Pinang Tumpaskan Penyelewengan Diesel Subsidi

Published: 13 Aug 2014 9.29 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Nibong Tebal, 13 Ogos - Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Pinang percaya dapat menumpaskan penyelewengan minyak diesel bersubsidi selepas membuat pemeriksaan ke atas sebuah van di sebuah stesen minyak di Simpang Ampat awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/marin-pulau-pinang-tumpaskan-penyelewengan-diesel-subsidi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:25 MYT
Nibong Tebal, 13 Ogos - Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Pinang percaya dapat menumpaskan penyelewengan minyak diesel bersubsidi selepas membuat pemeriksaan ke atas sebuah van di sebuah stesen minyak di Simpang Ampat awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah Satu ACP Mohd Yusof Abdullah berkata hasil risikan dan maklumat menerusi Ops Landai, pasukannya telah menjalankan pemeriksaan ke atas seorang lelaki yang sedang mengepam minyak diesel di stesen tersebut.

“Pemeriksaan ke atas van tersebut telah membawa kepada penemuan dua buah tangki simpanan minyak diesel yang telah diubahsuai dalam kenderaan tersebut dengan kapasiti minyak diesel lebih kurang 1,000 liter,” katanya.

Seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pemandu kenderaan tersebut telah ditahan dan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Seberang Perai bersama kenderaan dan minyak diesel tersebut.

Marin Pulau Pinang Tumpaskan Penyelewengan Diesel Subsidi


Sumber: Pasukan Polis Marin
ArticlePublished 13 Aug 2014 9.29 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM