Marin Port Dickson Selamatkan Nelayan Hanyut
Port Dickson, 9 Ogos- Dua nelayan tempatan yang hanyut selama tiga jam di Laut Selat Melaka apabila bot yang dinaiki mereka karam diselamatkan Pasukan Polis Marin (PPM) Port Dickson, petang semalam.
Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan oleh pihaknya yang sedang menjalankan rondaan harian di sekitar tempat insiden berlaku.
"Mangsa masing-masing seorang lelaki Orang Asli dan Cina dikatakan sedang memasang bubu lima batu nautika dari Bagan Lalang, sebelum bot mereka tenggelam dipukul ombak kuat," katanya.
Mangsa yang keletihan dibawa pulang ke Jeti Penumpang, Kompleks Kastam dan Kuarantin (CIQ) Port Dickson untuk dihantar ke hospital menggunakan ambulans.