Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Marin Port Dickson Selamatkan Nelayan Hanyut

Published: 08 Aug 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dua nelayan tempatan yang hanyut selama tiga jam di Laut Selat Melaka apabila bot yang dinaiki mereka karam diselamatkan Pasukan Polis Marin (PPM) Port Dickson, petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/marin-port-dickson-selamatkan-nelayan-hanyut
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:44 MYT

Port Dickson, 9 Ogos- Dua nelayan tempatan yang hanyut selama tiga jam di Laut Selat Melaka apabila bot yang dinaiki mereka karam diselamatkan Pasukan Polis Marin (PPM) Port Dickson, petang semalam.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan oleh pihaknya yang sedang menjalankan rondaan harian di sekitar tempat insiden berlaku.

"Mangsa masing-masing seorang lelaki Orang Asli dan Cina dikatakan sedang memasang bubu lima batu nautika dari Bagan Lalang, sebelum bot mereka tenggelam dipukul ombak kuat," katanya.

Mangsa yang keletihan dibawa pulang ke Jeti Penumpang, Kompleks Kastam dan Kuarantin (CIQ) Port Dickson untuk dihantar ke hospital menggunakan ambulans.
Marin Port Dickson Selamatkan Nelayan Hanyut

ArticlePublished 08 Aug 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM