Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Marin Pengerang Tahan 35 Pati

Diterbitkan: 14 Jan 2016 8.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang menahan 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia yang cuba keluar secara haram dari negara ini di Sungai Rengit, di sini, awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/marin-pengerang-tahan-35-pati
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:37 MYT

Kota Tinggi, 14 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang menahan 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia yang cuba keluar secara haram dari negara ini di Sungai Rengit, di sini, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata pasukannya yang turut dibantu Jabatan Angkatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Mukim Pantai Timur berjaya menyerbu 28 lelaki dan tujuh wanita yang sedang berkumpul di Pantai Awam KEJORA Punggai.

"Siasatan lanjut mendapati kesemua warga asing tersebut sedang menunggu bot pancung untuk balik ke Indonesia”, katanya lagi.

Kesemua tahanan dibawa balik ke Balai Polis Bandar Penawar dan kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.

Marin Pengerang Tahan 35 Pati

ArtikelDiterbitkan 14 Jan 2016 8.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM