Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Marin Pengerang Bantu Jaga Keselamatan Pelajar Dalam Program Anjuran Ywj

Diterbitkan: 03 Apr 2015 11.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
KOTA TINGGI : Program mengenali arkeologi Sungai Johor di sini yang sedang berlangsung selama tiga hari mulai 2 April hingga 4 April dibantu oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang dalam menjamin keselamatan pelajar.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/marin-pengerang-bantu-jaga-keselamatan-pelajar-dalam-program-anjuran-ywj
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:02 MYT
KOTA TINGGI : Program mengenali arkeologi Sungai Johor di sini yang sedang berlangsung selama tiga hari mulai 2 April hingga 4 April dibantu oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang dalam menjamin keselamatan pelajar. 

Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata “PPM Pengerang sekali lagi diberikan peranan dan tanggungjawab dalam memastikan keselamatan serta ketenteraman pelajar-pelajar yang terlibat bagi Siri 1/2015”.

“Sebelum program bermula, taklimat keselamatan dan pemakaian jaket keselamatan diberikan oleh anggota PPM bagi memastikan setiap peserta memahaminya” ujar beliau.

Program anjuran Yayasan Warisan Johor (YWJ) ini memberi penekanan kepada generasi muda iaitu melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Kemuncak program adalah menyusuri Sungai Johor yang bermula dari Jeti Tun Sri Lanang, Kota Tinggi ke Kampung Johor Lama, Teluk Sengat.

Seramai 60 orang pelajar dari lima buah sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Johor menyertai program ini.

Program ini ternyata akan meninggalkan memori indah untuk dijadikan kenangan kepada para peserta.

Marin Pengerang Bantu Jaga Keselamatan Pelajar Dalam Program Anjuran Ywj
ArtikelDiterbitkan 03 Apr 2015 11.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM